Hak Cipta Terpelihara. Sila dapatkan kebenaran penulis di amia_asrar@yahoo.com

Saturday, 12 December 2009

malu

Ya Allah, malam ini aku menangis lagi
kerana
hari ini aku memandang cermin
lalu terpandang aku
akan jeleknya diriku

betapa celanya diri ini
sungguh, belum pun dihadapanMu
jatuh terduduk kerana terlalu malu padaMu
kerana
akhlak hambaMu ini ya Allah, tidak seelok rupa yang telah Kau ciptakan
aku malu.


Ya Allah, malam ini aku bersedih lagi
kerana
hambaMu ini telah menjadi orang ketiga dalam perhubungan dia dan Kamu
aku malu ya Allah, kerana merosakkan Cinta itu
aku malu ya Allah, kerana membawa diri aku kepada dia


Ya Allah, Ya Rahman.
aku terlalu malu ya Allah.. kerana tangan ku inilah yang menconteng arang diwajah sendiri
aku malu kerana hati inilah yang pernah merosakkan akal sendiri
aku malu kerana belum dapat merasionalkan tindakanku
kerana tidak mampu teguh dalam pendirianku
malu kerana sering ingkar kepadaMu
malu kerana tidak kuat untuk melakukan sesuatu.

Ya Allah, Ya Rahim. Ampunilah aku. Aku terlalu malu walau untuk mengangkat wajah ku. Masih adakah penghormatan buat hambaMu yang hina ini?

Sunday, 15 November 2009

muhasabah cinta

sudahkah kau mendengar kisah itu?
kata-kata itu?
cinta itu buta dan membutakan

aku melihat manusia
menutup mata
memekak telinga
berhujah dengan cinta

aku melihat mereka yang bijaksana
lantang menghuraikan fakta
jatuh gugur di medan cinta

aku melihat kita yang asalnya dari cinta
juga musnah akibat cinta
kita
yang dulu hebat berfatwa
juga lebur dek bahang cinta

aku melihat satu persatu bunga bangsa
kering layu dibaja cinta

aku melihat batu bata agama
berderai dipukul gelora cinta

aku melihat kita
dibaham sumpah nasihat sendiri

dulu bertopeng
kini berdrama
pengarahnya kita
penontonnya juga kita

setelah bergegar tembok kita
kita masih bersorak ria
menjadi penonton bodoh drama gila
masih gembira
bertepuk bersama-sama

"dan apabila mereka melakukan perkara mungkar, atau menyaksikan kemungkaran, tidak pula kamu menghalangnya, bahkan redha. Maka celakalah bagi mereka"

Friday, 30 October 2009

impian

mpian umpama rama-rama

terbang bebas di angkasa
cantik di mata
indah mempersona
sayang impian sukar terlaksana
kerana sifatnya impian ada bak rama2
berterbangan


dan aku
perlu sepertinya
bersayap tegar
mengejar rama-rama
di padang dunia

Tuesday, 27 October 2009

pencinta setia

dia,
pencinta setia.
Sepi tanpa kalam bicara.
Bila siang jadi desir angin dijendela
terasa ada
di cari, tiada.
Bila malam jadi debu angkasa
dilihat berkelip mesra
ku sangka dekat
seribu tahun cahaya
tak kunjung tiba

dia,
penunggu tak kenal masa.
Merenung langit sampai senja
langit gelap pekat itu lebih sempurna
sifatnya cahaya
terbias indah di kelopak mata
zahirnya lebih buta dari segala buta.

dia,
ku sangka kejora
dilihat berkelip mesra
ku sangka dekat
seribu tahun cahaya
masih
tak kunjung tiba.

Thursday, 15 October 2009

harapan, rindu dan cinta

Harapan...
kalau di gantung di awanan
andai berkecai,
menjadi taufan.

Rindu...
kalau di semat bersama hati
andai melarat,
menjadi simpul mati
kusut dan meresahkan

Cinta...
kalau di lafaz
andai hanyut,
bukan jiwa, bukan akal
tapi diri terbakar bersama kegilaan dunia.

Harapan, rindu dan cinta
telah ku putuskan..
takkan digantung di awanan
takkan ku biar tersemat
takkan ku biar terlafaz.

Ketentuan ini telah tersurat
andai kau bukan untukku
Demi Tuhan
telah ku redhakan.


Ketahuilah,
bahawasanya telah ku tutup pintu nurani
tidak lagi aku mencari,
tidak berani merasa sepi,

kerana
Demi Tuhan
yang menciptakan aku bersama
jutaan perasaan
telah aku pilih untuk melupakan
telah aku pujuk untuk di biarkan
harapan, rindu dan cinta
mati di sini
hari ini.

Tuesday, 13 October 2009

mula

sebuah epilog
satu cerita
khatimahnya entah bila
selagi hidup,
selagi ada,
selagi menjunjung nyawa
satu cerita
cerita saya
cerita kita
sanggar: sebuah laman, bahagian rumah yang teratur, aksara: huruf
ini laman saya,
ini cerita saya.