Mereka kata tak salah bermimpi
lalu aku menyulam segala bunga kenangan
menyimpul kata-kata menjadi hiasan
sampai indah gumpalan angan
Mereka sogok aku dengan harapan
lalu aku menitip salam pada bintang
dalam sampul malam kelam
sampai bulan senyap cemburu
Mereka bilang bahagia itu sempurna
lalu aku mencari seluruh segenap kota
bagai si buta mencari tongkat
sampai sesat
Friday, 29 January 2010
Friday, 22 January 2010
Dimana engkau?
aku menunggu di beranda
berdoa dalam gumpalan cita-cita,
dalam setiap desir angin yang kau dengar
di setiap selit senja dan fajar,
bersama perginya remang dhuha,
dan bersilih gantinya malam dan siang,
aku tunggu engkau.
Semoga engkau ada.
Kalau engkau tiada, aku tahu Dia ada.

Saturday, 9 January 2010
hujan itu rahmat, kan? :)
wahai sahabat ku sayang,
semoga Allah masih belum menutup pintu hati kita untuk hidayahNya. Semoga walau berjuta kali kita menolak dan akhirnya datang kembali, DIA masih sudi terima. Semoga setiap kali kita kembali, kita akan kekal padaNya. Semoga setelah 100 kali kita berlari pergi, kali yang ke 101 kita sudah letih dan datang mencari. Semoga setelah puas dilukai, kita berhenti menangis dan mencintai Ilahi. Kalau pun bukan didunia ini menitip bahagia, semoga Allah datangkan wildan buat kamu disyurga. Semoga setelah hujan ini berlalu, kita masih dapat melihat pelangi.
Awan yang membawa hujan,
datang ke kesini mencurahkan isinya.
Setelah habis isi awan, ia akan pergi,
Yang tinggal hanya butir2 halus di hujung daun.
Yang tinggal hanya lecak dan lopak air diatas tanah dan kotor. tinggal hanya benih2 yang subur disimbah hujan.
seperti hujan,
dugaan[dunia] akan pergi
habis dan hilang seperti perginya awan sesudah hujan
yang tidak berbuat apaapa,
seperti lopak, kotor dan tak berguna.
yang tinggal hanya meraka yang mengambil manfaat darinya
seperti benih, selepas hujan semakin subur

Saturday, 12 December 2009
malu
Ya Allah, malam ini aku menangis lagi
kerana
hari ini aku memandang cermin
lalu terpandang aku
akan jeleknya diriku
betapa celanya diri ini
sungguh, belum pun dihadapanMu
jatuh terduduk kerana terlalu malu padaMu
kerana
akhlak hambaMu ini ya Allah, tidak seelok rupa yang telah Kau ciptakan
aku malu.
Ya Allah, malam ini aku bersedih lagi
kerana
hambaMu ini telah menjadi orang ketiga dalam perhubungan dia dan Kamu
aku malu ya Allah, kerana merosakkan Cinta itu
aku malu ya Allah, kerana membawa diri aku kepada dia
Ya Allah, Ya Rahman.
aku terlalu malu ya Allah.. kerana tangan ku inilah yang menconteng arang diwajah sendiri
aku malu kerana hati inilah yang pernah merosakkan akal sendiri
aku malu kerana belum dapat merasionalkan tindakanku
kerana tidak mampu teguh dalam pendirianku
malu kerana sering ingkar kepadaMu
malu kerana tidak kuat untuk melakukan sesuatu.
Ya Allah, Ya Rahim. Ampunilah aku. Aku terlalu malu walau untuk mengangkat wajah ku. Masih adakah penghormatan buat hambaMu yang hina ini?

Sunday, 15 November 2009
muhasabah cinta
sudahkah kau mendengar kisah itu?
kata-kata itu?
cinta itu buta dan membutakan
aku melihat manusia
menutup mata
memekak telinga
berhujah dengan cinta
aku melihat mereka yang bijaksana
lantang menghuraikan fakta
jatuh gugur di medan cinta
aku melihat kita yang asalnya dari cinta
juga musnah akibat cinta
kita
yang dulu hebat berfatwa
juga lebur dek bahang cinta
aku melihat satu persatu bunga bangsa
kering layu dibaja cinta
aku melihat batu bata agama
berderai dipukul gelora cinta
aku melihat kita
dibaham sumpah nasihat sendiri
dulu bertopeng
kini berdrama
pengarahnya kita
penontonnya juga kita
setelah bergegar tembok kita
kita masih bersorak ria
menjadi penonton bodoh drama gila
masih gembira
bertepuk bersama-sama
"dan apabila mereka melakukan perkara mungkar, atau menyaksikan kemungkaran, tidak pula kamu menghalangnya, bahkan redha. Maka celakalah bagi mereka"

Friday, 30 October 2009
impian
mpian umpama rama-rama
terbang bebas di angkasa
cantik di mata
indah mempersona
sayang impian sukar terlaksana
kerana sifatnya impian ada bak rama2
berterbangan
dan aku
perlu sepertinya
bersayap tegar
mengejar rama-rama
di padang dunia
terbang bebas di angkasa
cantik di mata
indah mempersona
sayang impian sukar terlaksana
kerana sifatnya impian ada bak rama2
berterbangan
dan aku
perlu sepertinya
bersayap tegar
mengejar rama-rama
di padang dunia
Tuesday, 27 October 2009
pencinta setia
dia,
pencinta setia.
Sepi tanpa kalam bicara.
Bila siang jadi desir angin dijendela
terasa ada
di cari, tiada.
Bila malam jadi debu angkasa
dilihat berkelip mesra
ku sangka dekat
seribu tahun cahaya
tak kunjung tiba
dia,
penunggu tak kenal masa.
Merenung langit sampai senja
langit gelap pekat itu lebih sempurna
sifatnya cahaya
terbias indah di kelopak mata
zahirnya lebih buta dari segala buta.
dia,
ku sangka kejora
dilihat berkelip mesra
ku sangka dekat
seribu tahun cahaya
masih
tak kunjung tiba.
pencinta setia.
Sepi tanpa kalam bicara.
Bila siang jadi desir angin dijendela
terasa ada
di cari, tiada.
Bila malam jadi debu angkasa
dilihat berkelip mesra
ku sangka dekat
seribu tahun cahaya
tak kunjung tiba
dia,
penunggu tak kenal masa.
Merenung langit sampai senja
langit gelap pekat itu lebih sempurna
sifatnya cahaya
terbias indah di kelopak mata
zahirnya lebih buta dari segala buta.
dia,
ku sangka kejora
dilihat berkelip mesra
ku sangka dekat
seribu tahun cahaya
masih
tak kunjung tiba.
Subscribe to:
Posts (Atom)