sungguh, dalam mekar merah warna-warna cinta..
aku gusar akan keringnya putik muda kuntum Kasih
bila aku dongak pada wajah langit suram,
pada sangkaku mencurah hujan,
membaja segala yang aku impikan
rupanya ada ribut
pada awan berarak hitam
ada noktah.
aku
mahu ke langit
mahu jadi putih
pada hati terlakar gelap hitam
pada wajah teriak sisa semalam
bumi
entah masih mampukah aku pijak?
langit
sudikah dijunjung aku?
Kasih
apakah masih dipelukku?
Tuhan
aku malu
bila sepi. bila sendiri.
bukan Kamu yg aku cari.
Saturday, 24 April 2010
bukan tautan hati
kita yang berjalan melintas pelangi
lalu berlari mengejar mentari
dipadang rerumput menghijau
andai datang saifi
kering menanti hari
kita yang melirik dari mata ke hati
mengikat janji, melakar mimpi
laksana setia siang datang sesudah malam,
asalnya putaran alam
sekali Dia berbicara
langit bukan biru lagi
janji ibarat ombak memukul pepasir
sekali menghempas, mengubah pantai
janji yang datang dan bergulung pergi
ibarat buih lautan
ada dan tiada
serupa.
kita yang berpegang tangan
tersenyum bercanda bersama
bagai semalam tiada makna
atau esok tiada harga
dan lusa tiada akhirnya
kita tidak tersurat untuk selamanya bersama
andai esok aku masih di sini
aku pasti tidak bertanya
mengapa aku bukan di sana
bukan jarak itu ukuran ukhwah
bukan jumlah khabar nilai kita
walau bukan tautan hati
lalu berlari mengejar mentari
dipadang rerumput menghijau
andai datang saifi
kering menanti hari
kita yang melirik dari mata ke hati
mengikat janji, melakar mimpi
laksana setia siang datang sesudah malam,
asalnya putaran alam
sekali Dia berbicara
langit bukan biru lagi
janji ibarat ombak memukul pepasir
sekali menghempas, mengubah pantai
janji yang datang dan bergulung pergi
ibarat buih lautan
ada dan tiada
serupa.
kita yang berpegang tangan
tersenyum bercanda bersama
bagai semalam tiada makna
atau esok tiada harga
dan lusa tiada akhirnya
kita tidak tersurat untuk selamanya bersama
andai esok aku masih di sini
aku pasti tidak bertanya
mengapa aku bukan di sana
bukan jarak itu ukuran ukhwah
bukan jumlah khabar nilai kita
walau bukan tautan hati
Subscribe to:
Posts (Atom)