anak kerbau mati tertambat,
belum diluah isi di hati,
sayang semua sudah terlambat.
kelip-kelip ku sangka api,
kalau api mana puntungnya,
usah ditanya mengapa ku sepi,
dipulau kamu sampai hujungnya.
kayu cendana diatas batu,
di ikat lalu dibawa berdagang,
adat dunia memang begitu,
yang buruk dibiar terbuang.
lelah saya menanam padi,
nenas juga ditanam orang,
penat saya menabur budi,
emas juga dipandang orang.
anak puyuh mati tersepit,
lalu terjatuh di atas laman,
walaupun salahku hanya sedikit,
di junjung dicanang zaman berzaman.
burung sekawan terbang bersama,
bila senja pulang ke sarang,
sudah ku kenal sekian lama,
telingkah sejenak lalu terbuang.
hujan turun lalu basah,
patah galah haluan perahu,
niat dihati tak mahu berpisah,
kehendak Tuhan siapa yang tahu?