Hak Cipta Terpelihara. Sila dapatkan kebenaran penulis di amia_asrar@yahoo.com

Saturday, 24 April 2010

pada Dia ada CINTA

sungguh, dalam mekar merah warna-warna cinta..
aku gusar akan keringnya putik muda kuntum Kasih

bila aku dongak pada wajah langit suram,
pada sangkaku mencurah hujan,
membaja segala yang aku impikan
rupanya ada ribut
pada awan berarak hitam
ada noktah.

aku
mahu ke langit
mahu jadi putih

pada hati terlakar gelap hitam
pada wajah teriak sisa semalam

bumi
entah masih mampukah aku pijak?
langit
sudikah dijunjung aku?
Kasih
apakah masih dipelukku?

Tuhan
aku malu

bila sepi. bila sendiri.
bukan Kamu yg aku cari.

0 coretan: