Hak Cipta Terpelihara. Sila dapatkan kebenaran penulis di amia_asrar@yahoo.com

Saturday, 9 January 2010

hujan itu rahmat, kan? :)

wahai sahabat ku sayang,

semoga Allah masih belum menutup pintu hati kita untuk hidayahNya. Semoga walau berjuta kali kita menolak dan akhirnya datang kembali, DIA masih sudi terima. Semoga setiap kali kita kembali, kita akan kekal padaNya. Semoga setelah 100 kali kita berlari pergi, kali yang ke 101 kita sudah letih dan datang mencari. Semoga setelah puas dilukai, kita berhenti menangis dan mencintai Ilahi. Kalau pun bukan didunia ini menitip bahagia, semoga Allah datangkan wildan buat kamu disyurga. Semoga setelah
hujan ini berlalu, kita masih dapat melihat pelangi.



Awan yang membawa hujan,
datang ke kesini mencurahkan isinya.
Setelah habis isi awan, ia akan pergi,
Yang tinggal hanya butir2 halus di hujung daun.
Yang tinggal hanya lecak dan lopak air diatas tanah dan kotor. tinggal hanya benih2 yang subur disimbah hujan.

seperti hujan,
dugaan[dunia] akan pergi
habis dan hilang seperti perginya awan sesudah hujan
yang tidak berbuat apaapa,
seperti lopak, kotor dan tak berguna.
yang tinggal hanya meraka yang mengambil manfaat darinya
seperti benih, selepas hujan semakin subur

No comments: