Hak Cipta Terpelihara. Sila dapatkan kebenaran penulis di amia_asrar@yahoo.com

Saturday, 12 December 2009

malu

Ya Allah, malam ini aku menangis lagi
kerana
hari ini aku memandang cermin
lalu terpandang aku
akan jeleknya diriku

betapa celanya diri ini
sungguh, belum pun dihadapanMu
jatuh terduduk kerana terlalu malu padaMu
kerana
akhlak hambaMu ini ya Allah, tidak seelok rupa yang telah Kau ciptakan
aku malu.


Ya Allah, malam ini aku bersedih lagi
kerana
hambaMu ini telah menjadi orang ketiga dalam perhubungan dia dan Kamu
aku malu ya Allah, kerana merosakkan Cinta itu
aku malu ya Allah, kerana membawa diri aku kepada dia


Ya Allah, Ya Rahman.
aku terlalu malu ya Allah.. kerana tangan ku inilah yang menconteng arang diwajah sendiri
aku malu kerana hati inilah yang pernah merosakkan akal sendiri
aku malu kerana belum dapat merasionalkan tindakanku
kerana tidak mampu teguh dalam pendirianku
malu kerana sering ingkar kepadaMu
malu kerana tidak kuat untuk melakukan sesuatu.

Ya Allah, Ya Rahim. Ampunilah aku. Aku terlalu malu walau untuk mengangkat wajah ku. Masih adakah penghormatan buat hambaMu yang hina ini?